nama saya siti safwana . . . . pelbagai cerita inginku ceritakan & banyak lagi cerita inginku dikongsikn bersama-sama . . .
Friday, August 26, 2011
Koleksi Doa: Doa Pada Malam Lailatul-Qadr | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Koleksi Doa: Doa Pada Malam Lailatul-Qadr | iluvislam.com + discover the beauty of islam
koleksi2 doa mlm lailatul-qadar..
Wednesday, August 24, 2011
TIPS2 BERSHOPPING RAYA..
Hari Raya Aidilfitri bakal disambut tidak lama lagi. Ketika ini, pasti banyak keluarga yang sedang merancang atau telah membeli-belah sempena Aidilfitri.
Apabila Ramadhan tiba, pasti banyak tawaran promosi di pasaraya mahupun kedai biasa. Maklumlah, ketika inilah nafsu membeli di kalangan pengguna sangat tinggi.
Namun, kita perlu sentiasa beringat untuk berjimat-cermat dalam perbelanjaan kita, supaya kita tidak membazir. Sesungguhnya membazir itu amalan Syaitan.
Berikut kami kongsikan sedikit tips berbelanja sempena Aidilfitri untuk manfaat kita bersama :
1. Buat persiapan awal. Jangan beli secara tergesa-gesa.
2. Sediakan rancangan perbelanjaan dan senarai barang-barang yang hendak dibeli.
3. Buat belanjawan.
4. Beli mengikut kemampuan masing-masing.
5. Janganlah berbelanja jika anda ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran anda.
6. Elakkan berhutang. Jika terpaksa membeli secara ansuran, pastikan anda mampu membayarnya secara bulanan dan tidak melebihi kemampuan kewangan anda.
7. Jangan membeli lebih daripada yang dirancang.
8. Berhati-hati menggunakan kad kredit.
9. Pastikan anda membuat perbandingan harga dan kualiti sebelum membeli.
10. Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah.
11. Sekiranya membeli barang-barang secara pukal, gunakan perkiraan unit harga untuk melihat sama ada ia lebih murah daripada membeli secara berasingan dalam unit kecil
12. Semak supaya anda tidak membayar lebih daripada yang sepatutnya kerana kesilapan pengiraan oleh juruwang.
13. Periksa semua barang yang dibeli. Pastikan tiada sebarang kecacatan atau kerosakan pada barang.
14. Jangan membeli kerana terpengaruh dengan iklan.
15. Periksa tarik luput untuk barangan makanan.
16. Beli pakaian yang sesuai dengan peringkat umur pemakai serta periksa kualiti kain. Untuk kanak-kanak, beli saiz pakaian yang lebih besar sedikit kerana mereka membesar dengan cepat.
17. Gantikan perhiasan yang perlu ditukar sahaja.
18. Gunakan kreativiti anda untuk menghias rumah tanpa menggunakan perbelanjaan yang besar.
Sumber : Kempen Konsumer Kebangsaan
Wanita, Bersediakah Anda Menjadi Penyejuk Mata?
"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa."
Ya. Penyejuk mata. Suatu perkara yang tidak pernah kita lupa untuk pohon setiap kali kita menadah tangan berdoa. Kenapa Allah Ta'ala suruh kita minta penyejuk mata? Sebabnya, itulah yang bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan nanti.
Bagaimana kalau nantinya ada isteri, tetapi seringkali menyakitkan hati kita, raut wajahnya langsung tidak mendamaikan kita, tingkah lakunya ada sahaja yang tidak kena di mata kita. Adakah kita akan bahagia?
Bagaimana pula kalau nantinya ada anak. Comel-comel belaka, tetapi wujudnya mereka begitu menyusahkan kita, sikap mereka kerapkali melukakan hati kita, kedegilan mereka selalu sahaja membuatkan kita hilang sabar dan sakit hati sentiasa. Adakah kita beroleh ketenangan?
Tentu sekali tidak.
Lantas, kita dianjurkan supaya berdoa. Minta supaya Allah beri pasangan yang mendamaikan hati dan perasaan kita, serta zuriat yang boleh menjadi penyejuk mata kita. Mudah-mudahan, Allah makbulkan doa dan permintaan kita.
Suatu lontaran untuk para wanita hari ini, khususnya yang belum berumahtangga.
Sedarkah anda, bahawa bakal teman hidup anda setiap hari berdoa supaya anda menjadi penyejuk mata mereka? Sedarkah anda, bahawa mereka tidak pernah melupakan anda dalam setiap doa mereka?
Tidak. Saya tidak maksudkan anda mengenali mereka atau mereka mengenali anda.
Tetapi hakikatnya, mereka mendoakan anda yang bakal hadir dalam hidup mereka suatu ketika nanti. Sayangnya, anda mungkin terlupa lantaran anda tidak kenal siapa mereka. Kerana itu juga, anda kurang mengambil berat tentang persediaan anda untuk menjadi penyejuk mata mereka.
Penyejuk mata?
Sungguh, ia bukan tugas yang mudah. Kalau anda fikir ia akan berhasil dengan anda berhias diri, memakai wangian dan berbaju cantik di hadapan mereka setiap hari, sesungguhnya anda silap sama sekali. Anda harus sedar, ramai sekali golongan cantik dan menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada suami mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka berakhir dengan perceraian. Semoga dijauhkan Allah.
Menjadi penyejuk mata suami, prosesnya bermula hari ini.
Tilik kembali diri anda. Zahiriah dan batiniah. Kedua-duanya.
Pertama sekali, bagaimana hubungan anda dengan Allah? Solat wajib dan sunat. Bacaan al-Quran. Zikir munajat. Selawat serta amalan-amalan yang lain. Berapa peratus yang telah anda capai dan lakukan secara istiqamah? Tahukah anda, faktor paling besar yang menentukan samada anda berjaya atau tidak menjadi penyejuk mata suami adalah; cemerlang atau tidak hubungan anda dengan Allah? Justeru, perbaiki dari sekarang.
Kedua, sikap dan perangai. Carilah seorang kawan yang jujur dan yang anda kira agak rapat serta kenal dengan anda. Sekiranya anda yakin akan kejujurannya, minta pandangannya tentang diri anda, terutama tentang sikap dan perangai. Jika anda dapati diri anda masih dibelenggu sikap meninggi diri, degil, ego yang tinggi, kurang rasa hormat pada orang, suka mengumpat, pemalas dan seribu satu sikap negatif yang lain, maka perkara pertama yang wajib anda buat adalah ; kikis sedaya upaya semua sikap tersebut dari terus melekat dalam diri anda. Percayalah, ia antara faktor yang bakal menggagalkan anda dari menjadi penyejuk mata suami.
Ketiga, lihat balik luaran diri anda. Khususnya pemakaian. Sempurnakah anda dalam menutup aurat? Jika masih selesa bertudung ringkas, berbaju t-shirt lengan sekerat dan berseluar jeans separa ketat, maka percayalah anda bakal bertemu kegagalan. Itupun sekiranya anda mempunyai hasrat untuk bergelar penyejuk mata suami.
Tidak, ini bukan soal suami anda islamik atau tidak, mengambil berat semua perkara itu atau tidak. Ia adalah soal Si Pemberi Ketenangan, iaitu Allah. Kalau Dia tak bagi, siapa lagi yang boleh bagi?
Mudahnya begini. Doa itu kan permintaan kita dengan Allah. Contohnya, kita minta supaya Allah terangkan hati kita supaya mudah belajar. Tetapi kita tidak berhenti dari tabiat suka minum arak. Mana mungkin Allah akan berikan ketenangan itu pada hati kita yang gelap?
Sama juga. Suami minta pada Allah, berikan dia penyejuk mata supaya dia beroleh tenang dalam hidup. Tetapi kita pula melazimi maksiat dan penderhakaan kepada Allah. Aurat kita terdedah setiap hari. Akhlak kita langsung tiada ciri isteri mithali. Hubungan kita dengan Allah lompong di sana sini. Lantas, adakah kita layak untuk menduduki tempat 'penyejuk mata' tersebut? Bagaimana pula kita yang jauh dari Tuhan, boleh menjadi penyejuk mata manusia?
Sekadar lontaran buat kaum hawa. Ramai di antara anda mahu menjadi isteri solehah suatu ketika nanti. Tetapi usaha ke arah itu masih lemah. Perbaikilah dari sekarang. Bisikkan ke dalam hati anda setiap hari, bahawa anda bakal menjadi penyejuk mata kepada seorang lelaki yang baik suatu ketika nanti. Lelaki itu pula setiap masa mendoakan anda supaya berjaya menjadi penyejuk mata mereka suatu masa nanti. Besar harapan mereka, sanggupkah anda hancurkan begitu sahaja?
Jadi mulai hari ini, berusahalah untuk menjadi penyejuk mata suami. Sebenarnya, andai anda mampu melaksanakan langkah pertama yang saya sebut di atas ; iaitu memperbaiki hubungan anda dengan Allah, maka anda sebenarnya telah berjaya melepasi separuh masa pertama piala kemenangan untuk bergelar isteri solehah – penyejuk mata suami.
Justeru, selamat berjaya, wahai para penyejuk mata!
Monday, August 22, 2011
8 perkara yang disukai lelaki tentang wanita
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan teletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
3. Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.
hehe ^_^
hehe ^_^
Can I "Book" You? | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Can I "Book" You? | iluvislam.com + discover the beauty of islam
It was a dark and chilling night. The howling of the dogs echoed throughout the streets. Black grotesque clouds start to from in the pitch dark night skies. Torrential rains started to pour down on Mother Earth, giving life back to the wilting floras, punished by the long spanning of the drought. In a room of a house at the end of the neighbourhood, something weird is happening. Sounds of a heated discussion made the crickets music seemed so minor. A bright flash of light shine through the sleek glass window.
F1 : What's wrong with you , bro? You looked really weird nowadays.Are you in a problem?
F2 : Umm, kinda.
F1 : Hey, come on bro, tell me about it. Who's her?
F2 : What are you talking about? What "who's her?" ?!
F1 : Lorhh. Cut the crap,bro. We lived together for almost 18 years now.You are always by my side, and so do I. I know every bit of your habit, even the smallest details of your life. You cannot lie to me, brother. I know that look of yours. It's not a normal problem. It's a heart and soul issue. I always know, it happened so often, once in every school, once in every year.
F2 : Erm. Nothing bro, just like you said , it's just the same, lame and crappy "heart and soul" issue. Shame on me. Always having a crush. So immature.
F1 : No brother. A big NO. I got a feeling that this one is SO different. You are really messed up. This ain't no normal problem.
F2 : Why do you said that?
F1 : Brother, this is the first time in my whole life with you that I heard a girl's name is inserted in your prayer! Now that's something. This is the first time that I see you are really screwed up, smiling by yourself , alone, out of the blue and after a while that impression changed to the usual dull and gloomy face again. The first time I see you cannot close your eyes at night. The first time that you stalk someone's profile 10 times a day on Facebook. The first time that I heard you sighed more than you laughed in a day's time. And the first time your heart thumped like it was exploding while your palms and feet freezed as if you are in the North Pole when you see her name in the online list. This is really serious, bro. This is way too weird for you.
F2 : *speechless for a while*. Erk. . I guess I cannot hide it anymore. Yes, exactly, bro. This one's really different. She's the girl like none other. She's the one who had robbed my heart. When she went away, it is as if she had taken my heart away. I forgot how to laugh anymore. Sleep and seems so insignificant for me. She's really bad. She screwed up my whole life. And you know what? She's the first girl in my life that had me ever think about my marriage life with her. I had freaking dreams, you know?! Hell no. Damn heart stealer!
F1 : Wow. She's really something. But, please, bro. I think you know how to deal with it. After all, you have read this manual of forgetting love, right?
F2 : Yeah. I've read it. But still, bro, it's easier said than to be done. When this thing struck, you whole world will go upside down. And the most painful thing is when you know that you cannot have her right at this moment, you cannot talk to her and you can't express what you felt about her. Ohhh man. This is killing me!
F1 : Chill, bro. Hmm. This is really serious. But bro, sometimes this kind of feelings are temporary, Sometimes. It is a fact that the nature of our heart and mind to be changing and fluctuating all the time. Maybe today you are head over heels on her, while tomorrow you will get hooked up with another maiden, which is better than her in your perspective at that time. But if you are really serious about this, I think you should do the next step brother. If you truly believe t hat she's the right one, you should ask her hand in marriage. That's the best thing to do for your situation. That's what our religion taught us. It's the solution designed by our own God.
F2 : What?! Marriage?! Hell no. I'm still a student, brother. I'm still young. And she is too. We got our own ambitions and the journey is still far away. We got our own path to be treaded. Marriage requires a lot of responsibility, brother. You are taking care of one's beloved daughter, man. What about money? House? Nonsense.
F1: Well, brother. Have you heard about "nikah khitbah"?
F2 : Yes. It is a great idea and solution. But I doubt that the reception by both sides of the parents will be nice. I mean, it's logical. Who wants to put his daughter's life at stakes?. We are talking about uncertainities here. What if the guy does not do well in his study and doesn't get a good job and thus lack financial stability? A lot of things can happen. And it can severely jeorpadise our lives.
F1 : *chuckles and then smile* Ok then. How about engangement? At least you have built a foundation for your relationship. It's better than not having any tie with her at all. It means that you reserved her and planned to marry her after a certain time.
F2 : I thought about it before. But I am certain that my period of study will be very long. A lot of things can happen during this. I don't want to keep her waiting for too long. I don't want her to restrict her heart and burden her feelings. And, I am so afraid that I will fall for another person and abandon her. I cannot imagine what will be the consequences.
F1 : See,brother? You restrain yourself from having any legitimate ties with her. You yourself said that there are too many obstacles to unite with her. So, why bother thinking about it? You are doing a bad thing to your body and mind. And more importantly, you made someone jealous.
F2 : Someone jealous? I don't get it.
F1 : Yes. Someone who had always be at your side since before you were born.Someone who had never failed to take care of you. The silent lover, someone who loved you so much that even though how many times you cheat on Him, He still gave you second chances. Always. He who is craving to listen to your romantic words, night and days. He who is always there for you, who missed to hear you saying His beautiful names, who loved to see that you remember Him everytime and everywhere.
F2: ........ but..
F1 : Yes, bro, He is very jealous when He sees that someone is more important to you than Him,someone had occupied a larger portion of your heart than Him, when you love His creation more than you loved Him.
F2 : ............
F1: You see,brother, I am not saying that you should actually forget her and concentrate on His love only because that will be impossible for a human, I mean the flame of love cannot be extinguished just like that, but what I am trying to say is that, you should never prolonged this state of mind. If you see that there is no way to get married or there are too many obstacles to unite with her in the short term, you should divert your attention from this. It's the best for you. There are alot of many important things that you must do first.
F2 : (-.-)
F1 : You are still young and energetic, which is a good phase to get as many experiences as possible and venture into the unknown. Get a good degree first as your parents told you. How about religious knowledge? Have you had enough of it to be the leader of a family? What about your attitude and personality? Do you have the qualities that can lead your wife to heaven? Are you prepared to take care of someone's daughter ? Can you take the responsbility that will be asked on the Day of Judgement? You answer it yourself.
F2 : zzzzzz.
F1 : WTH?! Ok fine.
F2 : Haha. Just kidding brother. Btw, thank you for your advice. Now, I know what I am heading. Thanks so much. Oops, it's already dawn. Our master will be awake anytime soon. Let's combine again and return to our true self.
F1 : Yeah. We better be quick or else he will be late for his Fajr prayer.
Saturday, August 20, 2011
Fadilat dan manfaat solat
Solat boleh dilakukan oleh semua orang. Amalan bersolat boleh memberikan kita manfaat senaman minda dan senaman jasmani selain daripada memberikan kita jiwa yang tenang. Pergerakan solat yang di lakukan berulangkali setiap hari mampu memberikan kesihatan kepada tubuh dan menghindar segala penyakit jasmani seperti lemah jantung,darah tinggi,sakit sendi,sakit tulang,sakit mata dan berbagai lagi penyakit fizikal yang lain.
Berikut adalah di antara manfaat bersolat mengikut pergerakan solat tersebut
Posisi pertama
Berdiri lurus dan kedua dua tangan di angkat ke atas.
Faedah
Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan dikonsentrasikan. Pandangan mata ke tempat sujud.Otot otot atas dan bawah bahagian belakang terasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.
Posisi kedua
Berdiri betul serta membaca al-fatihah dan surah
Faedah
Menimbulkan konsentrasi minda.Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan , hampir semua bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari sebutan 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang, a, i, u, merangsangkan hati, kelenjar gondok (thyroid), kelenjar ‘pineal’, ‘pitunitary’, kelenjar adrenal, dan paru-paru, membersih dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota tubuh tersebut.
Posisi ketiga
Rukuk
Faedah
Merenggangkan otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis.Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang.Lama-kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan lagi peribadi, menimbulkankebaikan hati dan mengharmonikan batin.
Posisi keempat
Iktidal - Berdiri lurus selepas rukuk
Faedah
Darah yang baru bergerak masuk ke dalam semasa gaya rukuk kembah ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa sisa tubuh. Badan mendapat balik kerehatan dan melepaskan ketegangan.
Posisi kelima
Sujud
Faedah
Sujud
Faedah
Lutut berbentuk sudut tepat. Membangunkan otot perut dan mengelakkan perut jadi buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya bahagian kepala (termasuk mata, telinga dan hidung) dan paru-paru.‘Mental toxin’ minda dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita yang hamil.Memperbetulkan kedudukan alat peranakan wanita.Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan sendi-sendi. Menghapuskan egoisme dan keangkuhan.Meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam ruh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan.Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.
Posisi keenam
Duduk di antara dua sujud
Faedah
Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki dan sebahagian badan terletak diatasnya.Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar.Wanita membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka.Posisi tubuh badan memberikan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.
Posisi ketujuh
Sujud kedua
Faedah
Membersihkan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf. Memberi keringanan pada badan dan kebahagiaan emosi. Pengoksidanan seluruh badan lebih sempurna. Sistem urat saraf jadi lebih seimbang.
Posisi kelapan
Bangun semula dari sujud.
Faedah
Darah kembali peredarannya ke tubuh atas.Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar osisi tubuh badan memberikan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.
Pendapat doktor perubatan
Doktor perubatan telah menerangkan manfaat posisi bersolat sebagai berikut :
1. Sujud fizikal menambah kekuatan aliran darah ke otak dan menggelakkan penyakit pening kepala,migraine dan menajamkan akal. Juga melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.2. Memudahkan wanita di dalam proses bersalin kelak
3. Merangsang payudara untuk menghasilkan susu untuk bayi
4. Mengurangkan kegemukan (obesity)
5. Melegakan paru paru dan ketegangan saraf
6. Menggelakkan pendarahan otak
7. Melegakan sakit hernia
8. Membetulkan kedudukan buah pinggang
9. Melegakan sakit senggugut wanita dan berbagai lagi manfaat kesihatan lain.
Firman Allah SWT:
"Apakah sebab kami masuk neraka? Jawab mereka: kami tidak mengerjakan solat."
(Surah Al Muddathir: 42-43)
Rasulullah bersabda:
"Janji antara kami dengan mereka (orang kafir) ialah solat barang siapa yang meninggalkan solat maka ia benar telah kafir." (HR:AbU Daud , At Tirmizi dan Nasai)
Rasulullah bersabda
"Amalan seseorang hamba yang pertama akan dihisab kelak ialah solat,maka jika solatnya rosak maka amal lainnya akan rosak." (HR:TABRANI)
Thursday, August 18, 2011
HAKIKAT PERCINTAAN DALAM ISLAM ?
Mari kita renungkan suasana persekitaran kita pada hari ini. Pelbagai karenah manusia dapat kita saksikan. Atas kepelbagaian karenah ini maka timbullah juga kepelbagaian gejala yang kurang sihat bahkan banyak yang bertentangan dengan syariat Islam. Bermaharajalelanya pelbagai masalah ini sudah menjadi suatu aktiviti rutin persekitaran kita. Bahkan ada segolongan menganggap perkara ini suatu yang bersifat 'harus' dilakukan atau dengan kata lain seri persekitaran ini akan hilang tanpa adanya perkara sedemikian. Amatlah ditakuti sekiranya pemikiran-pemikran sebegini terus berleluasa sehingga suatu masa nanti ada yang bakal mengatakan ianya tidak bertentangan dengan Islam. Apa yang paling menyedihkan dan menduka-citakan lagi kebanyakkan 'pelakon-pelakon' ini terdiri dari kalangan yang mengaku diri mereka 'muslim'.
Apa yang cuba diketengahkan dalam tulisan ini ialah sebahagian daripada kerosakan yang terdapat dalam alam persekitaran kita dan khususnya ruang di mana kita berada pada hari ini. Samada suka atau tidak, apa yang dapat kita saksikan pada hari ini, remaja sudah tergiur dek keenakkan hidangan dunia sehingga tidak sedar ianya membahayakan. Salah satu permasalahan yang sering kita temui dan sudah menjadi suatu 'trend' bagi golongan remaja ialah 'percintaan'. Telah banyak kisah yang terdengar dibalik kalimah indah ini termasuklah keributan, keresahan, kerosakan dan kebejatan masyarakat yang timbul sehingga kadang kala ada yang rela nyawanya melayang atau rela akidahnya tergadai hanya kerana kalimah nan indah ini. Apa yang jelas dan pasti fenomena percintaan ini banyak kita jumpai dalam masyarakat kita.
Persoalannya, adakah Islam mempunyai ruang kebenaran untuk 'bercinta-cintaan' mengikut konsep muktahir yang dipegang oleh masyarakat kita? Mari kita kembali kepada fakta utama yang menimbulkan permasalahan ini. Dari kajian secara dalam dan menyeluruh(al-fikrul al-mustanir) terhadap realiti (waqi’) dapat dibuktikan bahawa pergaulan bebas adalah benih dari segala permasalahan di atas. Bagaimana pula pergaulan bebas ini boleh berlaku? Jawapan bagi soalan ini seratus peratus berpunca dari sistem yang kita agungkan pada hari ini iaitu sistem kapitalisme. Samada kita sedar atau tidak, kita telah lama meninggalkan nidzamul ijtima'i secara Islami yang seharusnya menjadi landasan kita dalam menguruskan kehidupan ini dan bukannya sistem yang tempang! Mengapa pula terjadinya jalinan kasih-sayang terhadap insan lawan jantina? Kecenderungan menyukai insan yang berlawanan jantina dengan kita adalah satu fitrah manusia yang mempunyai gharizah Al-nau' (naluri untuk mengadakan keturunan). Islam mengakui akan hal ini oleh itu Allah, Sang Pencipta yang berkuasa telah menggariskan beberapa peraturan untuk memenuhi gharizah ini.
Jalinan hubungan kasih sayang dalam konsep percintaan pada kondisi hari ini berlaku antara dua manusia lawan jenis disebabkan oleh standard (piawai) yang mereka gunakan untuk mengukur setiap perbuatan yang mereka lakukan bukan berdasarkan aqidah Islam dan konsep pergaulan yang mereka gunakan bukannya berdasar dari aqidah Islam. Oleh sebab itu, bagi mereka pendidikan seks adalah penyelesaian bagi mereka. Maka dari kajian realiti akan faktor yang mendorong kewujudan percintaan muktahir ini maka muncul pemahaman bahawa percintaan haram hukumnya. Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mempunyai suatu standara tindak laku (miqyasul a'mal) yang jelas dalam melakukan sesuatu perbuatan yakni berdasarkan hukum syara' (Al-Quran dan Sunnah). Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Janganlah sekali-kali berdua-duaan antara seorang lelaki dan seorang perempuan atau berpergian dengannya melainkan disertai muhrimnya" [Al-Hadith]
Sabda baginda lagi:-
"Sungguh aku (Rasulullah) benar-benar mengetahui beberapa umatku, datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar perbuktian (yang nampak putih) lalu Allah menjadikannya berhamburan/berkecai sia-sia. Tsauban bertanya : Ya, Rasulullah jelaskan kepada kami sifat-sifat mereka, kerana kami khuatir termasuk seperti mereka sedang kami tiada menyedarinya. Jawab Rasulullah: Mereka adalah saudaramu yang melakukan ibadah di malam hari, tapi apabila mereka bersunyi-sunyi dengan yang diharamkan oleh Allah, mereka mengganggu kehormatannya" [Al-Hadith]
Dari kedua hadith tersebut maka sudah jelas pergaulan bebas antara lawan jenis walau apapun namanya termasuk 'adik angkat' tetap haram hukumnya. Juga dari hadith-hadith lain kita dapat menyemak bahawa para sahabat pada ketika itu sangat kuat keterikatannya terhadap hukum Islam, contohnya apabila disampaikan hal seperti hadith kedua tadi para sahabat akan segera bertanya kerana mereka khuatir mereka pernah melakukan perkara yang tidak sesuai dengan Islam tanpa disedari dan apabila telah dijelaskan mereka segera meninggalkan atau melaksanakan apa yang dituntut oleh Islam. Dari sinilah dapat dilihat bahawa kayu ukur bagi tindakan mereka adalah aqidah Islam yang tulen. Tapi, masihkah wujud keadaan demikian pada hari ini ? Adakah kita menjadikan aqidah Islam sebagai kayu ukur bagi tiap tindakan kita atau kita akan melakukan sesuatu itu berdasarkan manfaat yang bakal kita perolehi.
Apa yang nyata pada zaman perkembangan teknologi ini, segolongan para remaja muslim yang seharusnya mengikatkan diri mereka dengan aturan Islam memberikan reaksi yang sebaliknya apabila disampaikan bahwa percintaan/pacaran haram. Mereka tidak bersetuju dengan apa yang disampaikan kerana mereka akan kehilangan 'manfaat' atau keindahan 'cinta' pada pandangan mereka. Kenapa ini terjadi ? Ini disebabkan oleh kedangkalan pemikiran mereka terhadap Islam dan menyebabkan remaja muslim terpesong dari jalur Islam samada disedari atau tidak kerana mereka sering beranggapan percintaan itu dibolehkan dalam Islam bahkan dianjurkan.
Telah banyak kita dengar atau terbaca akan pengertian percintaan. Maka ada dua kemungkinan pengertian mengenai pacaran:-
- Perasaan seorang lelaki ingin mencintai perempuan atau sebaliknya.
- Dua insan yang lawan jenis yang saling mencintai.
Perlu diingat, kita seharusnya dapat membezakan kedua-dua pengertian di atas. Pengertian yang pertama di atas yakni perasaan untuk mencintai insan lawan jenis adalah masalah yang mendasar yang mempunyai kaitan erat dengan fitrah /kudrat manusia seperti yang telah dijelaskan seawal penulisan ini. Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya-menyukai kaum berlawanan jenis) atau dikenali dengan gharizah Al-Nau'. Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa' (naluri untuk meneruskan kehidupan/mempertahankan), gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah/beragama) dan gharizah Al-Nau'. Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam. Firman Allah:
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berupa kecintaan pada apa yang diingini, yakni wanita…" [Ali-Imran: 14]
Persoalan berhubung bagaimana untuk meneruskan perasaan cinta itu adalah hak Islam(Allah) untuk mengaturnya. Sedangkan pengertian yang kedua pula berkaitan dengan pengungkapan dan perasaan cinta itu dengan berdua-duaan, saling berboncengan, saling berpandangan kemudian melangkah setapak lagi dengan berpegangan tangan dan yang paling kronis lagi berani berciuman dan sanggup menyerahkan ‘segalanya’ demi cinta mereka. Inilah yang haram menurut Islam. Islam sebagai satu sistem hidup/Ideologi/Mabda'/Deen yang lengkap telah mengatur pergaulan antara kaum yang berlainan jantina. Islam memerintahkan seorang lelaki atau perempuan agar menundukkan pandangan mereka (bukan bererti harus memalingkan muka atau tunduk) tetapi tunduk dalam erti kata menahan pandangan yang disertai syahwat, seperti firman Allah:
"Suruhlah orang-orang yang beriman menundukkan pandangannya dan memelihara kehormatannya…" [An-Nur : 31]
"Dan suruhlah wanita-wanita mukmin menundukkan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mempamerkan kecantikannya kecuali bahagian badan yang boleh kelihatan (muka dan telapak tangan) dan supaya menutup dadanya dengan kerudung(khimar)..."[ An Nur 31]
Dua kalimat perintah di atas menjelaskan di samping untuk menahan pandangan antara lelaki dan perempuan turut diperintahkan untuk menutup aurat baik lelaki atau perempuan. Memang tidak dinafikan sehingga hari ini masih ada golongan yang beranggapan bahawa memakai jilbab(pakaian labuh) dan khimar(tudung) merupakan satu perkara yang tidak moden atau ketinggalan zaman. Padahal perlu ditegaskan bahawa seorang muslimah selamanya akan berdosa jika tidak mengenakan jilbab dan khimar yakni menutup seluruh anggota tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Adalah silap seandainya kita beranggapan berjilbab dan khimar itu sudah memadai tetapi sekiranya berpakaian ketat atau yang menampakkan lekuk tubuhnya sehingga boleh menimbulkan syahwat bagi yang memandangnya masih dikira tidak menutup aurat. Begitu juga seorang lelaki wajib menutup auratnya yang sebatas pusat dan lutut dan tidak boleh dilihat oleh orang lain kecuali muhrimnya. Juga selamanya seorang muslim akan terus berada dalam keadaan berdosa selama dia masih berada di bawah naungan 'percintaan'. Jadi di samping kita faham mengapa percintaan itu haram kita juga harus faham bahawa menutup aurat itu wajip hukumnya. Lalu ada yang berdalih bahawa untuk memahami calon suami atau isteri kita harus banyak bergaul (pacaran). Pernyataan ini dan yang seumpamanya merupakan pernyataan yang dibuat-buat dan hanya sebagai dalih untuk mengatakan percintaan itu dibenarkan dalam Islam. Adakah hanya dengan jalan ini sahajakah kita dapat memahami peribadi seseorang ?
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini Islam itu suatu mabda' yang lengkap. Dalam Islam ikatan antara lelaki dan perempuan hanya ada dua iaitu pinang/tunang(khitbah) dan nikah. Jadi persoalan untuk memahami peribadi seseorang yang kita sukai itu boleh ditanyakan kepadanya(wanita) dengan niat yang benar-benar kuat untuk menikahinya. Akan tetapi wanita tetap harus disertai muhrimnya. Jadi, sekiranya alasan kerana tidak saling kenal mengenali peribadi yang disebabkan tiadanya proses percintaan akan menimbulkan salah faham atau seumpamanya, maka alasan tersebut merupakan alasan yang dicari-cari.
Meminang adalah cara Islam untuk suatu pernikahan. Menikah tidak dilakukan begitu sahaja tanpa fikir panjang, ada cara untuk mewujudkan dan meyempurnakan dengan meminang . Islam membolehkan orang yang meminang melihat yang dipinang dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Islam. Tetapi meminang itu sendiri bukanlah bererti sudah separuh rasmi sebagai suami-isteri atau sebagai lesen untuk melakukan perkara-perkara yang boleh dilakukan seperti pasangan suami-isteri atau bebas diheret ke sana- sini tanpa mengenal batas. Berhubung dengan tindakan melihat wanita yang dipinang, Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada salah seorang sahabatnya iaitu Mughirah ibn Syu'bah:-
"Pergilah dan lihatlah dia (calon isteri) kerana itu pantas agar menjadi dasar atau pedoman bagi kalian berdua" [Sunan Ibnu Majah, juz 1 hal 599]
Kesimpulannya, tidak ada ruang atau kebenaran yang menghalalkan proses percintaan apatah lagi dengan konsep percintaan mukhtahir ini. Sekali haram yang dikatakan dalam syara' maka selamanya haram. Hukum Islam tidak akan berubah disebabkan oleh perubahan waktu dan keadaan. Banyaknya perceraian bukanlah suatu hal yang boleh menghalalkan proses percintaan itu. Ianya tetap haram. Penulisan ini diakhiri dengan suatu pertanyaan yang memerlukan jawapan ikhlas seikhlas-ikhlasnya, sudahkah kita sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan rasulNya mengikat diri kita dengan aturan Allah.?
Wednesday, August 17, 2011
~ MimPiku LagI 16/8/2011 ~
hari ini, aku ingin berceritakan pasal mimpiku lagi..
tapi kali, lain sedikit daripasa selalu..
mimpiku yg ke 3 pd tahun ni ada 2 versi
1 mimpiku sebelum sahur & lagi
1 mimpiku selepas sahur..
INI MIMPIKU YG PERTAMA..
SEKALI LAGI AKU MIMPIKN DIRI SI DIA 2..
AKU TAK TAHU KENAPA TAPI YANG PASTI NYA,
DALAM BULAN NI, DAH 3 KALI AKU TERMIMPIKN DIRINYA..
APAKAH MAKSUD SEMUA INI??
hanya ALLAH sahaja yang tau, pe mksd mimpiku ini..
MIMPIKU YG KEDUA
AKU TERMIMPIKAN KAWAN UNIVERSITIKU
YANG bernama FIRDAUS..
tapi aku panggil DAUS
c DAUS ni pula, hr isnin yang lalu aku baru je berjumpa dgn nya..
top2 aku mimpikn c DAUS, aku cam rasa pelik pn de..
hehe ^_^
tapi yang pastinya, aku tak tahu kenapa
aku mimpikan mereka berdua ini..
mushkil aku sebentar selepas nak bangun
sahur & waktu aku bangun hendak pergi kerja..
dlm2 pkl 6.45 pg td..
ish2..
apalah aku fikirkan psl mereka berdua ini,
smpaikn aku blh mimpikn mereka berdua ni..
pe2 pn, tqla kerna hadir dlm mimpiku..
WAHAI DAUS & SI DIA..
===========================================================
tapi kali, lain sedikit daripasa selalu..
mimpiku yg ke 3 pd tahun ni ada 2 versi
1 mimpiku sebelum sahur & lagi
1 mimpiku selepas sahur..
INI MIMPIKU YG PERTAMA..
hanya ALLAH sahaja yang tau, pe mksd mimpiku ini..
MIMPIKU YG KEDUA
AKU TERMIMPIKAN KAWAN UNIVERSITIKU
YANG bernama FIRDAUS..
tapi aku panggil DAUS
c DAUS ni pula, hr isnin yang lalu aku baru je berjumpa dgn nya..
top2 aku mimpikn c DAUS, aku cam rasa pelik pn de..
hehe ^_^
tapi yang pastinya, aku tak tahu kenapa
aku mimpikan mereka berdua ini..
mushkil aku sebentar selepas nak bangun
sahur & waktu aku bangun hendak pergi kerja..
dlm2 pkl 6.45 pg td..
ish2..
apalah aku fikirkan psl mereka berdua ini,
smpaikn aku blh mimpikn mereka berdua ni..
pe2 pn, tqla kerna hadir dlm mimpiku..
WAHAI DAUS & SI DIA..
===========================================================
Tuesday, August 16, 2011
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi
percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin
bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda
rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu
menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak
sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih
memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan
yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk
dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh membuat
perempuan rasa dihargai.
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak
menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata
-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila
berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-
katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup
menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di
hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi
yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia
mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati
perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa
sesaat.
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh
anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia
kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar
menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah
yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang
tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan
menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat
bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan
dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan
hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2
anda nanti...
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat
bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan
dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan
hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2
anda nanti...
DaH LamA taK UpdaTe..
salam & selamat pagi kpd semua pembaca blog2 aku ini..
korg sume sht ke??aku berharap korg sume sht2 shj
pd bulan yg mulia ini..
sebenaRNYa, aku tAK ada cerita yg menarik sgt
nak aku ceritakan kpd pembaca blog ku semua
dlm beberapa hari yg lepas....
tp dlm beberapa hari yg lalu, aku berpeluang
dpt merasa & mkn bubur lambuk..
pd lazimnyA, aku akn tunggu2kn saat ini
pd setiap thn bulan puasa..
syukur alhmdullh, ALLAH memperkenankan doaku ini..
aku bersyukur sgt2, hehe ^_^
...................................................................................................................................................................
3 minggu yg lepas , laptop aku rosak & skrg ni, dh ok..
nak di katakn ada masalah gn matherboard tidak..
alih2, org yg membaiki laptop ku berkata,
cuma yg rosak dela adapter charger laptop je
yg rosak..
aku punya la chiyak semasa laptop ku rosak
tkut2 kne charge smpai ke RM 200 ke..
klo di buatkn lebih daripada baget aku macam mana??
tp nasib baik menyebelahiku, aku di kenakn charge
sebanyak RM 80 shj..
syukur alhmdullh, jimat sikit & duit lebihan
sebanyak RM 120 tu, aku buatlah bayaran
insurans takaful aku & aku topupkan sikit duit insurans aku it
sebnyk RM 30 menjdkn sebnyk RM 150
setiap bln aku membayarnyer..
begitula cerita ku pada kali ini..
minta maafla kalau cerita aku pd kali ini,
tidak menarik sgt untuk ku menceritakan..
huhu ~_~
Friday, August 12, 2011
^ _ ^ bARu ^ _ ^
Salam petang kepada semua pembaca blog yg aku sygi ..
Sihat ke anda semua?? Saya berharap anda semua
sihat2 sahaja pada bulan yang penuh
dengan keberkatan ini..
Sihat ke anda semua?? Saya berharap anda semua
sihat2 sahaja pada bulan yang penuh
dengan keberkatan ini..
Pada petang ini, saya ingin berkongsi cerita tentang handphone Nokia C3 ni..
Pada mulanya, aku adalah bercadang2 nak beli hp Nokia C3 ni ingatkan bolehlah kurang sikit harga hp ni daripada RM 388 ke RM 350..
tapi di sebabkan owner hp Nokia C3 ni,tak nak kurangkan
harga hp Nokia C3 nya ini, jd aku tak jadilah nak bli hp ni..
huhu :'(
tapi di sebabkan owner hp Nokia C3 ni,tak nak kurangkan
harga hp Nokia C3 nya ini, jd aku tak jadilah nak bli hp ni..
huhu :'(
So, aku kenalah tunggu hp yg canggih daripada ini dengan betul2
budget aku berharga harga RM 350 ke bwh
& aku berharap akan dapat b4 akhir tahun 2011 ni..
Moga2 dapatlah aku capai matlamat & target aku pada tahun ni..
Semoga dipermudahkan usaha aku ini... amin..
Hehe.. Peace ^_^
Monday, August 8, 2011
~ MaTi . . . ~
Semalam ( 7/8/2011 ), adalah hari pertama aku
pergi ke tempat belajar kereta di Kapar
bersama2 dgn kwn karibku iaitu NURDIYANA...
Memang seronok apabila tengok orang yang
sedang khusyuk belajar memandu kereta...
Tidak lama kemudian, tibalah giliranku belajar memandu kereta..
dalam2 tengah belajar memandu kereta ni,
blh la plk 4-5 kali jugak lah enjin kereta mati..
blh la plk 4-5 kali jugak lah enjin kereta mati..
ish..ish...ish..
SAFWANA... SAFWANA..
cne la kau bawa kereta tu,huh??hehe ;>
cne la kau bawa kereta tu,huh??hehe ;>
nasib baik la pakcik rosli (pengajar) aku itu tidak marah kpd aku..
pakcik rosli siap bg nasihat lg, semasa aku sedang
khusyuk belajar memandu keretanya....
sbnrnyer, aku xdgr apa2 pun, pck rosli ckpkn kat aku..
sbb aku kalau dh khusyuk pd 1 bnd aku akn fokus tu jela..
hehe ;>
sepnjg aku belajar memandu kereta smlm, bykla jugak
info2 kereta baru ku dpt pelajari..
aku sungguh rasa teruja sekali lagi untuk belajar
memandu kereta pd 21/8/2011 ni nanti..
nantikan ceritaku yg seterusnyer..
insyaallah, mesti ada menarik lagi cerita aku ini..
TUNGGU YERK??
HEHE ^-^
info2 kereta baru ku dpt pelajari..
aku sungguh rasa teruja sekali lagi untuk belajar
memandu kereta pd 21/8/2011 ni nanti..
nantikan ceritaku yg seterusnyer..
insyaallah, mesti ada menarik lagi cerita aku ini..
TUNGGU YERK??
HEHE ^-^
Friday, August 5, 2011
NPE NI,HUH??
GAMBAR INI, DI IBARATKAN SEKEPING HATIKU YANG MERINDUI SESEORANG
TAK TAU KENAPA TETIBA JE AKU
MERASAKAN SEDANG MERINDUKAN
SESEORANG YANG PERNAH SINGGAH
DI HATIKU SEKETIKA DAHULU
DI ALAM UNIVERSITI....
DI ALAM UNIVERSITI....
YA ALLAH,KENAPA HATIKU MENJADI SEBEGINI RUPA..
ADAKAH PERASAANKU INI ADALAH NAFSU SYAITAN SEMATA-MATA ATAU???ENTAHLAH..
APA2 PUN, AKU BERHARAP SELEPAS INI PERASAANKU INI AKAN LEBUR BEGITU SAHAJA..
MUNGKIN AKU PERLU BERDOA KPD ALLAH, SUPAYA HATIKU MENJADI TENANG KEMBALI HENDAKNYA..
MOGA2..AMIN!!!
INI ADALAH VIDEO KLIP
IN TEAM - DOA UNTUK KEKASIH....
Thursday, August 4, 2011
mIMpiku LaGi 3/8/2011
Skrg ni, aku akan menceritakan perjalanan mimpiku
sekali lagi aku mimpikan org yg sama..
kenapa yerk aku mimpikn mereka & apakah tanda2 nyer semua ini??
mengatakn sesuatu kpd ku
berkata SI DIA adalah org yg
terbaik utk diri kau, SAFWANA..
tp aku rasa cm pelik jela,entahla..
biarkan jela mimpi2ku ini..
aku saja2 nk post cerita mimpiku ini&nk share je
aku xde niat lain pn..
~ sEKiAn... ~
berbuka puasa 3/8/2011
smlm 3/8/2011 aku dan keluarga pergi berbuka puasa di luar
di restoran aishah tomyam, kg delek, klang...
ni keluarga aku yg keluar berbuka puasa bersama2 aku smlm..
ija bersama ibu sedang khusyuk sgt menonton tv....
ayah & ab j pun sama sedang khusyuk menonton tv gak....
Siti Safwana delah ak...
di bawah ini pulak, ada gambar2 juadah apa yang kami mkn smlm..
mmg sedap la mknn kat sini smlm & blhla thn
harga mknn nyer yg kami pesan smlm...
1) ikan siakap masak steam ..
2) kentang goreng bersama dgn
sos cili & mayonis..
3) ni semua hidangan yg kami order..
4) nasi ada 5 pinggan sebenarnya...
dan tiba lah giliran air pulak..
5) di sebelah kiri, air jus tembikai
& di sebelah kanan pulak, air jus tembikai..
6) ni air yg sudah di campur dgn
air jus tembikai & jus oren..
sbb 2la jd lain sedikit..
tp sedap perh di campurkn..
hehe ;)
SEMUA MAKANAN YG KAMI MAKAN SEMALAM
BERHARGA DELAH DLM RM 80 SAHAJA..
BG AKU XDELA MAHAL SGT BERBANDINGKN DGN
KASIH SYG KELUARGAKU BG KPDKU..
~ + SEKIAN + ~
Labels:
~_~ ramadhan dtg lg ~_~,
CerITerA diriKu
~_~ cUTi / mC ~_~
PADA 2/8/2011
aku tidak pergi ke kerja sbb aku mengalami
kesakitan di bahagian perut
pkl 5 ptg, aku pergi ke klinik
berjumpa dgn doktor ahmad
meminta mc..
aku dpt mc akhirnyer..
hehe ;>
Monday, August 1, 2011
seLAmaT MEnyaMBUt BulAn RamADHaN..
SelAmaT mENyAmbUt ramaDHan aL-muBArAk..
KepADa seMUa umAT IsLaM DisELurUh DUniA
TerUTAmA dI mALAysiA..
semoga ramadhan pada tahun ni,
akan membawa 1001 makna kepada kita semua..
& semoga kita dapat memperbaikikan lagi amal ibadat
kita pada tahun2 lepas....
amin...
ikhlas daripada
siti safwana mohd zaki
cik empunya blog ini..
hehe ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)



