Tuesday, August 16, 2011

Andai lelaki tahu..

INI ADALAH SEDIKIT NUKILAN & LUAHAN YANG AKU DAPAT DALAM LAPTOPKU..

Andainya lelaki tahu..
    Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..
    Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..
    Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi
percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin
bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..
    Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda
rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..
    Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu
menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak
sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih
memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan
yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk
dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh membuat
perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak
menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata
-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila
berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-
katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup
menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di
hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi
yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia
mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati
perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa
sesaat.


Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh
anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia
kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar
menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah
yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..
    Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang
tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan
menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 

Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat
bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan
dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan
hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2
anda nanti...

DaH LamA taK UpdaTe..

salam & selamat pagi kpd semua pembaca blog2 aku ini..
korg sume sht ke??aku berharap korg sume sht2 shj
pd bulan yg mulia ini..

sebenaRNYa, aku tAK ada cerita yg menarik sgt 
nak aku ceritakan kpd pembaca blog ku semua
dlm beberapa hari yg lepas....

tp dlm beberapa hari yg lalu, aku berpeluang 
dpt merasa & mkn bubur lambuk..

pd lazimnyA, aku akn tunggu2kn saat ini 
pd setiap thn bulan puasa..
syukur alhmdullh, ALLAH memperkenankan doaku ini..
aku bersyukur sgt2, hehe ^_^

...................................................................................................................................................................

3 minggu yg lepas , laptop aku rosak & skrg ni, dh ok..
nak di katakn ada masalah gn matherboard tidak..
alih2, org yg membaiki laptop ku berkata, 
cuma yg rosak dela adapter charger laptop je
yg rosak.. 

aku punya la chiyak semasa laptop ku rosak
tkut2 kne charge smpai ke RM 200 ke..
klo di buatkn lebih daripada baget aku macam mana??
tp nasib baik menyebelahiku, aku di kenakn charge 
sebanyak RM 80 shj..

syukur alhmdullh, jimat sikit & duit lebihan 
sebanyak RM 120 tu, aku buatlah bayaran 
insurans takaful aku & aku topupkan sikit duit insurans aku it 
sebnyk RM 30 menjdkn sebnyk RM 150 
setiap bln aku membayarnyer..

begitula cerita ku pada kali ini..
minta maafla kalau cerita aku pd kali ini, 
tidak menarik sgt untuk ku menceritakan..
huhu ~_~